Sunday, July 22, 2012

Diari Ramadhan, hari ke - 3

Dear diary ,
Hari ini adalah hari ke tiGa Umat islam berpuasa di dalam bulan Ramadhan yg mulia ini..
dan hari ini adalah hari pertama aku bersahur...,

semalam tak sahur sebab ingat badan dah kuat, tak sahur pun tak per..
tapi semalam kerja tak bole fokus sebab kepala sakit...
bertambah sakit bila dengar suara "berleter"..
aku tak ingat kenapa aku tak sahur pada hari pertama..


so, hari nie aku buat keputusan, lebih baik sahur..

pukul 4am aku dah bangun, rasa bersemangat untuk pegi sahur..
destinasi aku kedai mamak, so lepas gosok gigi aku terus
drive pegi mamak, actually kalau jalan kaki pun bole sebab dekat je..
tapi malas.


sampai kat mamak, cuma ada 2 pelanggan yg sedang minum sambil berborak..
melihat jam baru pukul 4.05am, aku rasa ramai yg belum bangun lagi..


so, tanpa di undang aku pun terus "self service" ,
amik nasi putih + daging kari ...


bila aku suap makanan aku rasa masam semacam,
aku masih lagi berpikir postif, mungkin sebab masa sebelum keluar rumah tadi
aku minum air asam boi lebihan juadah berbuka puasa semalam..
minum air asam boi pada waktu berbuka puasa memang sedap
terutamanya apabila anak perempuan pakcik yang jual air tue cantik,
mereka turut menjual juadah lain seperti nasi ambang & nasi beryani,
dah 2 hari saya beli di kedai mereka sahaja, mungkin kah petang ini saya akan
beli di kedai mereka lagi... mungkin ya, lagipun mereka menjual pada harga yang
berpatutan dan makanan mereka amat sedap, dan mereka memang selalu berniaga
walaupun bukan pada bulan ramadhan, saya tak tau siapa nama mereka,
tapi jika anda pergi ke bazar plentong,
sila singgah di kedai yang ada jual nasi campur, nasi ambang, nasi
ayam, kuih2... jika ada 2 orang gadis muda + seorang makcik + seorang pakcik jual air, itu lah kedai yang saya maksudkan. he he..


ok berbalik ke restoran mamak,
aku rasa, punca aku rasa masam.. adalah kesan aku minum air asam boi
sebelum keluar umah tadi..
namun, apabila hampir separuh pinggan dah habis masuk dalam mulut,
baru aku terpikir.. adakah makanan ini BASI?????

aku terdiam, actually aku memang dah terdiam sejak balik kerja semalam..
aku nak cakap ngan sapa? aku tinggal sorang diri je la.., nak cakap dengan sapa?
so, kali terakhir aku bercakap adalah dengan mr R masa kat opis...
actually aku ada terpikir nak talipon seseorang, tapi kali terakhir aku
talipon dia tak jawab, dan dia tak balas SMS bila ku antar SMS "good morning" ,
so, aku rasa mesti dia tak berminat, atau dia dah ada BF/husband, atau dia adalah
makhluk asing yg tak berminat pada manusia biasa..
so, aku takut 'merimaskan' dia... so, aku give up.. lagipun aku adalah 'duda'.. :(

ok, berbalik semula ke cerita pasal restoran mamak,
aku rasa makanan yg di jual adalah basi.. aku mula rasa marah,
seolah-olah di khianati oleh seseorang yang rapat yang kemudiannya
menikam kita dari belakang denga pisau belati yang tumpul..
kesakitannya amat terasa terutamanya apabila mata pisau belati
menghiris urat-urat di tengkuk... dan kita akan mengelupur sehingga mati.

aku merenung air teh ais yang kelihatan macam air susu ..
namun ku hirup jua air teh tersebut sambil menahan perasaan geram .

seorang anggota polis berpakaian seragam muncul dalam kegelapan malam,
dia menunggang sebuah motosikal.. dia berhenti di hadapan kedai mamak
tersebut.. dia hanya seorang diri.. berusia dalam lingkungan 38 tahun..
kelihatan seperti sudah berumah tangga ..
mungkin sedang bertugas di balai berhampiran maka tidak dapat bersahur di rumah..


anggota polis melangkah masuk ke dalam restoran mamak,
dia memandangku, aku memandang dia, dia tidak senyum, aku tidak senyum..
dia melihat baki makanan dalam pinggan ku yang tidak habis..
mungkin dia benci melihat orang yang membazir..
entah mengapa, anggota polis ini menginggatkan aku kepada "Jaafar Onn" ,
kepada sesiapa yg tak kenal "jaafar onn", dia adalah pelakon komedi
dan juga merupakan seorang celebriti masaKan TV..
kalau musim raya, rancangan beliau ada kat TV mengajar makcik2 yg duduk
kat rumah buat kuih raya.

anggota polis memesan nasi goreng ayam,
namun apabila pekerja resoran sedang mengambil nasi putih,
anggota polis tiba2 menghidu nasi putih tersebut ...
dengan suara lantang dia menjerit "BASI NASI nie!!!"...
aku dengan sedih mengakui aku makan nasi basi ari nie..
kemudia dia memeriksa lauk2 yang di hidangkan,
adakah dia "pengawai Kesihatan"?
tak mungkin kerana dia memiliki sepucuk
pistol dan memakai pakaian polis..

kemudian dengan muka masam, anggota polis tersbut 'blah' dari restoran tersebut..
sebelum 'blah', sempat dia menjeling aku ...

aku rasa sangat geram, aku tengok pekerja yg berada di kaunter bayaran..
tapi aku rasa dia cuma pekerja biasa, tak guna aku pergi maki dia..
rasa macam nak mengamuk.

tiba2, bagaikan ada sesuatu meniup dalam hatiku..
aku rasa tenang, teringat wajah2 ustaz yg pernah mengajar aku..
teringat2 kisah2 nabi yang pemaaf dan sabar, aku jadi tenang..
bulan ramadhan adalah bulan yang mulia, aku harap pemilik restoran
ini akan insaf dan lebih bertanggungjawab ...

aku pergi kaunter dan buat bayaran dan terus 'blah'..
dalam hatiku berkata "tak ingin ku jejak kaki ku di sini lagi"
Gambar tiada kena mengena dengan cerita.

2 comments:

  1. dah jumpa retoran mamak yg lebih baik..
    agak jauh sikt, tapi berbaloi..
    makanan murah & bersih.

    ReplyDelete