Sunday, October 31, 2010

sakit perut...

Ari ini adalah Ahad..
Aku kerja. Sampai opis jam 8.30am.

Aku sarapan sebelum sampai opis. 2 keping roti telur dan teh ais.

jam 11 pagi, perutku terasa sakit...

aku tak pasti kenapa... adakah kerana sarapan pagi?

tapi pagi tadi aku bersarapan bersama lebih 30 orang anggota polis,
kebanyakkannya memesan menu yang sama,
adakah mereka juga mengalami sakit perut yang sama?

perut ku sakit.. harap cepat sembuh.

Tuesday, October 19, 2010

Waktu TIDO kena sakit "Pemain Bola"

Korang pernah tak mengalami sakit seperti ini?

Ia agak selalu juga berlaku kepada ku...

Malam tadi aku mengambil keputusan untuk bermalam di opis,
ini adalah di sebabkan oleh berlakunya gangguan bekalan kuasa
di opis dan kawasan sekitarnya pada waktu tengahari.

Ia menyebabkan beberapa perkara yg harus di selesaikan tertangguh,
dan menyebabkan aku mengambil keputusan untuk bermalam di opis.

Aku tamat kerja pada pukul 9.30mlm, dan terus keluar ke medan selera berhampiran untuk makan malam. Aku berlegar-legar di beberapa buah kedai makan sambil memikirkan apa yang hendak perut ini inginkan.

Oleh kerana seharian bekerja, otakku tidak lagi dapat menerima isyarat dari perutku, malah aku tidak berasa lapar, namun perutku harus di isi kerana sebentar lagi aku harus menyiapkan kerja-kerja tertunggak ku. kerjaku harus siap sebelum pagi esok menjelma.

Aku terus duduk di sebuah meja tanpa memandang jenis makanan yang di sediakan. Dengan pantas, seorang gadis muda selaku pelayan di kedai makan tersebut mengambil pesanan ku. Aku mecapai menu hidangan, dan terus meminta nasi goreng ayam dan kopi-O-ais.

Gadis muda yg ku rasa dalam lingkungan 15 tahun memberi senyuman yag manis kepada ku. Aku tidak membalas senyumannya. Namun dalam hati aku memuji kemanisan wajah dan kecantikan tubuh badannya.

Makanan ku sampai tanpa sempatku merokok. Baru aku perasan rokok ku sudah habis. Aku cepat menghabiskan makananku. Tak sampai 5 minit aku sudah selesai menjamu makan malamku. Aku memanggil gadis tadi untuk membayar bil, dia menyuruhku membayar kepada seorang lagi gadis yang hampir seiras dengannya. tapi tubuhnya kelihatan lebih matang dari gadis tadi, mungkin dia adalah kakak kepada gadis tadi. Selesai membayar aku terus meninggalkan kedai tersebut, dan aku rasa aku tidak akan kembali lagi ke situ kerana makanannya tidak sedap.

Aku membeli sekotak Rokok DUNHILL. RM10 ku hulurkan, namun tiada lagi baki RM0.70 kerana harga rokok telah genap menjadi RM10. Syabas kerana kerajaan menaikkan harga rokok.

Aku juga sempat membeli Sebungkus kopi-O-ais untuk ku minum semasa membuat kerja nanti.

Aku duduk di depan opisku sambil menyalakan rokok. Angin kuat yang datang dari laut menyukarkan aku menghidupkan rokokku. Namun usahaku berjaya kerana aku bukanlah seorang yg gemar putus asa. Aku mennghisap rokokku sambil merasai angin segar dari laut.

Beberapa penunggang motor singapura memandangku yang sedang menghisap rokok. Pandangan mereka tidak menyenangkan ku, segera ku habiskan rokok lalu terus masuk ke opisku.

Aku mengunci pintu opisku dari dalam. Kini keselamatan harta benda opis menjadi tanggung jawabku. Aku memastikan tiada kecuaian berlaku. Walaupun opisku di hadapan balai polis, namun masih ada risiko bahaya mengundang.

Jam sudah menunjukkan sebelas malam. Kerjaku masih tidak di usik, di hadapanku ialah skrin komputer dengan Games FarmVille. Aku menghirup Kopi-O-ais yang hampir abis. Mataku sudah mula mengantuk, aku ingin mandi namun kemalasanku mula menular.

Aku bangkit lalu menyedari kemalasanku telah mengambil alih niatku yang suci, aku dengan pantas menyiapkan kerja tertunggak ku. Seratus peratus tumpuan di berikan dan tanpa masalah mesin photostat Jem, kerja ku selesai lebih kurang 1.30 pagi.

Aku mengeluh lega. Hatiku terasa lapang. Terasa ingin merokok. Tapi malas untuk keluar dari opis. Aku tidak suka merokok di Tandas. Sepanjang aku menjadi penagih nikotin, hanya sekali aku hisap rokok di tandas, itupun kerana tidak tahan dengan bau coklat yang aku hasilkan.

Mataku rasa seperti berat. Aku mengeluarkan Pisau RAMBOO dari beg sandangku. Aku meletakkannya di bawah sofa. Aku baring di sofa sambil membelek risalah-risalah komputer. Kedinginan penghawa dingin terus membuatku terlelap.

3.30 pagi... kaki ku terasa amat sakit. Aku terjaga dari tidor. Betis kaki kananku seperti mencengkam ke dalam. Terasa kejang seluruh kaki kanan ku. Amat sakit, aku memicit kaki ku, namun tidak berjaya mengurangkan kesakitan. Sakit ini aku namakan "Sakit Pemain Bola", sebab masa sekolah dulu aku selalu tgk pemain-pemain bola sekolahku mengalami kesakitan seperti ini semasa latihan. Mereka akan memaut lutut mereka sambil menjerit "kaki cramp! Kaki Cramp". Huh...Patutlah selalu kalah masa main bola.

Aku tak minat main bola. Boleh di katakan aku nie kaki bangku lah. Kalau selerberiti bola antarabangsa mcm David bckham, Roanldo, Tommy Page, Tiger wood... aku kenal la.

Kakiku Cramp agak lama. Perlahan-lahan aku merangkak menuju ke komputer berhampiranku. Komputer di hidupkan. Google Chrome di klik dua kali lalu aku melayari Facebook.

Jam menunjukkan 4 pagi. Aku menuju ke Sofa lalu terus pengsan. Air liur membasahi mulutku saat itu. Alarm berdering... 6.30 pagi. Aku bangun. Kakiku masih terasa sakit, aku mengesot kaki ku seperti si tempang menuju ke tandas. AKu mandi dan bersiap untu meneruskan kerja ku untuk hari ini.

.........