Thursday, August 2, 2012

diary ramadhan ke 13 (Rabu 1 Ogos 2012)

Dear diary , 
ia adalah hari Rabu (1 august 2012)... 
aku sangat merindui kedua-dua puteriku... 

sepatutnya, pada hari itu aku tamat bertugas pada pukul 9.30malam, 
namun nasib menyebelahiku, tiada kelas malam, 
maka aku boleh menutup pejabat pada pukul 7.30mlm.. 

aku hanya berbuka roti & air soya kotak..
kemudian dengan pantas aku memandu pulang ( walaupun pantas tetapi memandu dengan berhemah). 

aku tiba di rumah 7.50mlm, segera membersihkan diri , 
lalu bersiap menuju kerumah ex-wife .. 
tak sabar berjumpa dua orang puteriku . 

tiba di rumah ex-wife 8.10mlm... 
kedengaran suara Hana menjerit memangil ku.. 
dia gembira melihat aku datang , 
maisarah hanya memomok (meniru) kelakuan kakaknya..
maisarah masih keliru siapakah aku, 
kadang2 dia membenarkan aku memeluk ,mendukungnya & bergurau, 
kadang2 dia melayan aku seperti orang asing..
dia masih tidak mengerti bahawa aku adalah bapanya. 

aku membawa mereka pergi ke tesco plentong, 
turut membawa bersama ex-wife kerana dia ingin membeli barang keperluan, 
aku makan malam bersama anak-anak & ex-wife, 
tapi hanya aku seorang yg makan , 
mereka hanya minum & melihat aku makan kerana mereka 
telah berbuka sebelum aku sampai di rumah mereka. 

selesai makan, 
aku menemani mereka membeli belah.. 
seperti biasa, Hana & maisarah ku masukkan dalam Troli ..
anak-anak ku suka di tolak dalam troli semasa membeli belah. 
(sebenarnya ia adalah kaedah yg agak bagus, kerana dapat menjaga 
anak dengan teliti & memastikan keselamatan mereka, & memastikan 
mereka tidak merosakkan barang yg di pamerkan di rak jualan)

hampir sejam kami mebeli belah, 
aku melayan kerenah Hana yg banyak berbual dengan aku.. 
maisarah masih belum mahu bercakap denganku.. 

tiba2, aku perasan ada cecair merah di jariku.. 
ia adalah darah , agak banyak ..
aku membelek tanganku, tapi tiada kesan kecederaan... 

Hana memberitahu bahawa darah tersebut datang dari siku maisarah 
yang luka ketika terjatuh semasa bermain petang tadi.. 

aku membelek siku maisarah, kelihatan sukunya luka..
rupanya darah berpindah ke tanganku semasa aku mendukung maisarah.. 

aku rasa geram dengan ex-wife, kerana membiarkan luka tersebut tidak 
di tutupi dengan plaster ... di biarkan terdedah begitu sahaja..
namun, aku pendamkan marahku, tak mahu rosakkan mood ramadhanku. 

aku maklumkan pada ex-wife aku mencari 
plaster band aid.. 
aku terjumpa band air untuk kanak-kanak yang mempunyai gambar 
barbie.. 
harganya agak mahal, namun aku beli juga untuk maisarah. 

aku bersihkan lukanya dengan tisu dettol, lalu menampal plaster cute di lukanya...
sikit pun maisarah tidak menangis semasa aku membersihkan lukanya..
namun, aku hampir menangis melihat lukanya. 



P/S: Hana & maisarah .. i always missing you both..