Thursday, June 21, 2012

Aliens attack earth

Beberapa hari yang lalu, aku bermimpi....

aku melihat banyak bangunan musnah, ramai manusia terjun dari bangunan tinggi kerana terperangkap dalam kebakaran...

sungguh menngerikan (betul ke aku eja mengeri ni????), tubuh2 hancur bergelimpang... aku mengigil .. apakah dunia ini sedang berlakunya Kiamat???

tiba2 muncul satu makhluk yang hodoh dan menakutkan dan bertubuh besar, betul2 kelihatan seperti makhluk asing dalam movie....



beberapa askar kelihatan cuba melawan makhluk tersebut, tetapi dengan mudah askar2 manusia di tewaskan,

aku melarikan diri dari makhluk asing yang ganas, sedang aku melarikan diri, aku terkejut melihat salah seorang bos aku pun sedang melarikan diri dari makhluk tersebut.. ku terkejut gila, macam mana bos aku boleh masuk dalam mimpi aku nie???

melihat makhluk tersebut hampir menangkapku, aku terlupa untuk menegur bos aku.. kelihatan dia termegah2 dan berpeluh2 kerana tubuhnya agak besar dan makhluk tersebut hampir menangkapnya, namun dia berjaya mengelak dan melarikan diri lagi.

Kali nie muncul beberapa askar yg kelihatan seperti GI JOe, dengan tubuh sasa dan mempunyai senjata yang canggih... mereka menyerang makhluk asing tersebut... malang tak berbau, askar2 cangih dengan mudah di tewaskan.. mereka mati dalam keadaan yang amat ngeri .

Melihat situasi yang agak mencemaskan ini, walaupun aku tau aku sedang bermimpi.. aku menjadi takut lalu melarikan diri.. aku hampir di tangkap oleh salah satu makhluk asing tersebut, tiba2 muncul bos aku ini menolak aku jauh dari makhluk asing tersebut.. makhluk asing yang jahat kini mengalihkan perhatian mereka terhadap bos aku pulak...

aku menjerit memanggil bos aku.. namun dia menjerit dan menyuruh aku melarikan diri.. aku pun melarikan diri sambil melihat makhluk asing mengejar bos aku pulak, kesian dia. (aku masih kehairanan bagaimana dia boleh masuk dalam mimpi aku)

tak lama kemudian, aku mendengar teriakan yang amat dashat.. adakah bos aku sedang di cederakan oleh makhluk asing tersebut...

aku berpatah kembali mencari bos aku.. tiba2 muncul makhluk asing menyerang aku.. macam biasa aku melarikan diri lagi, aku sangat pelik, bukankah ini semua mimpi... tak bolehkah aku menjadi seperti superman lalu mengalahkan makhluk asing yang sedang membinasakan bumi???

aku berlari agak laju, tanpa di sedari, aku memasuki sebuah kedai mejual barang-barang RM2, tokey kedai tersebut telah mati, tapi bukan di bunuh oleh makhluk asing, kematiannya di sebabkan terkejut melihat aku berbogel di hadapan kedainya .. (eh... apahal aku bogel lak???, pelik betul mimpi)

aku bersembunyi di dalam kedai tersebut, berharap makhluk asing tidak dapat mengesan aku, namun, makhluk asing ini memang terer menjejaki mangsanya.. maka dengan mudah mereka menemui aku.

Makhluk asing meluru masuk ke dalam kedai tersebut.. aku terkaku .. empat ekor maklhluk asing mengerumi aku... mereka mensasarkan cahaya laser tepat ke dahiku.. nampak nya ajal ku akan sampai di sini..

tiba2 semua makhluk asing yang berada di dalam kedai tersebut mati.. rupa2nya mereka amat sensitif pada bahan plastic yang terdapat di dalam kedai tersebut, kebanyakan alatan di kedai tersbut Made in China dan menggunakan banyak bahan kimia ... ia menyebabkan keracunan maut kepada Makhluk Asing.

Aku terbangun dari tidur.. badanku berpeluh2.. aku terpikir2 apakah maksud mimpi ku itu????

setelah berhari2 memikir dan memerah otak, akhirnya aku mendapat kesimpulan.

Kesimpulanya adalah walaupun sekuat mana seseorang, dia tetap punya kelemahan. Makhluk Asing yang ganas dan tidak dapat di kalahkan oleh askar manusia, akhirnya tewas akibat "Kedai RM2".

Terima kasih pada anda yang sudi membaca. Laparnya.