Tuesday, November 23, 2010

aku dan tikus...

aku tak tau kenaper...
antara aku dan makhluk bernama tikus ini
bagaikan berperang...

seolah-olah aku di lahirkan untuk menjadi pemusnah
kepada bangsa tikus ini..

tidak seperti rakan setugasku,
mereka punya simpati terhadap bintang ini..
namun aku, tidak sedikit pun.

bagiku makhluk ini seperti racun kepada kehidupan ini,
kewujudan mereka membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan..
malah,sejarah telah membuktikan
keganasan wabak yang dibawa oleh makhluk ini.

Dua hari lepas,
sampai di opis...
aku berlari dengan laju ke arah toilet pejabatku di tingkat 2,
aku tak pasti kenapa aku perlu guna toilet di tingkat 2...
sedangkan pejabatku di tingkat 1..
mengapa aku tidak guna tandas di tingkat 3??

aku tiba di tandas, dan terus membuka zip seluarku,
kerana sudah tidak mampu menahan beban cairan yg ingin keluar,
aku tidak sempat duduk.. sebaliknya kencing berdiri ( adab yg tidak Elok)..

Aku menundukkan kepalaku untuk meng-ejaskan sasaran semburan cecair ku,
dan aku amat terkejut lantas aku mengundur ke belakang beberapa langkah..

aku menjengah semula utk memastikan apakah benda yang kelihatannya terapung
di dalam lubang tandas, adakah ia seekor.....

YA BENAR SANGKAANku! Ia adalah seekor tikus yg sedang berenang di dalam
mangkuk tandas,
mungkin ia jatuh ke dalam mangkuk tandas, ketika bermain di singki atau
tangki flush..
aku pernah menonton rancangan discovery yg menunjukkan tikus mampu masuk ke
rumah melalui lubang tandas,
namun tidak mungkin di Malaysia, saluran pembentung Malaysia tidak sama seperti
di luar negara.. di luar negara seperti Amerika, saluran pembentung mereka
amat besar, dan bukan tikus sahaja mampu hidup di situ , malah telah terbukti
melalui berita2 , buaya juga terdapat di pembentung mereka.

Pada mulanya aku ingin membiarkan sahaja tikus tersebut dan membiarkan
nasib yang menentukannya...
Entah kenapa, aku tidak mengikut kata hatiku...
aku terus menuju ke stor berhampiran, namun sebelum itu aku menutup semula
zip seluarku.. nanti kantoi.

Sebuah baldi berwarna pink ku ambil.. ku bawa ke tandas.
ku isikan sehingga penuh baldi tersebut dengan air..
sambil itu aku memerhatikan si tikus tersebut terkial2 untuk memanjat ke atas,
namun kerana permukaan yg licin, ia gagal.. namun kelihatan ia amat berusaha,
seolah2 dia tahu nyawanya dalam bahaya....

Baldi telah penuh dengan air..
aku menjenguk semula ke lubang tandas, kelihatan mata tikus yang kecil
seolah-olah sayu memandang ku....

ku angkat baldi, dan ku curahkan ke dalam
lubang tandas tersebut..
seperti kelihatan seperti fenomena pusaran air yg selalu berlaku secara
misteri di sungai atau laut yg menjadi ancaman kepada pelayar atau nelayan..
ia kini menjadi ancaman kepada si tikus tersebut..
tubuhya terus tengelamm... lalu hilang.

Aku menunggu sebentar sekiranya tikus tadi "pop up" semula..
dan aku flush tandas beberapa kali utk memastikan tikus tersebut
di sedut terus ke dalam tangki najis.

aku puas hati dengan tindakanku.. ia mati lemas, pastinya bukan menyiksa.
binatang perosak harus di bunuh, tapi jangan siksa mereka....
berilah mereka kematian yg cepat.

Aku terlupa untuk melepaskan bebanan cairan yg hampir overload..
dengan segera aku berjalan pantas menuju ke tandas di tingkat 3 .
-nasib baik tiada tikus di tandas tingkat 3-

Friday, November 12, 2010

first cut is a deeper

12 tgh malam... tapi aku agak konpius, di malaysia tgh malam
pada pukul 1 mlm atau 12 mlm?

tiba di rumah selepas pulang dari kerja tadi,
aku terus menjenguk akuarium scorpion ku..

entah kenapa, aku teringin nak bermain dengan scorpionku,
walaupun pembela scorpion tidak di galakkan untuk
memegang kala jengking mereka.

Namun, sebagai manusia yg mempunyai perasaan degil,
aku mencuba juga untuk bermain dengan kala jengkingku..

aku memegang hujung ekor kala jengkingku dan berhati2 dengan
penyengat yg terdapat di ekornya..
perlahan2 aku mengangkatnya ke arah telapak tangan kiriku..

tiba2 kala jengkingku meronta dan terus menangkap jariku dengan
penyepitnya... dengan pantas aku melepaskannya kembali ke dalam akuariumnya.

jariku luka sedikit... tertipu aku dengan rakanku yg mengatakan
kala jengking tidak menyepit.. nasib baik ia tidak menggunakan hujunbg ekornya.

teringit pada mula2 kali aku membela hamster,
jariku juga terluka kerana di gigit hamster..
nyaris juga di gigit oleh kura2 ku,
selalu juga di gigit oleh kucingku dahulu.

sabtu ialah hari tidurku...

Sunday, October 31, 2010

sakit perut...

Ari ini adalah Ahad..
Aku kerja. Sampai opis jam 8.30am.

Aku sarapan sebelum sampai opis. 2 keping roti telur dan teh ais.

jam 11 pagi, perutku terasa sakit...

aku tak pasti kenapa... adakah kerana sarapan pagi?

tapi pagi tadi aku bersarapan bersama lebih 30 orang anggota polis,
kebanyakkannya memesan menu yang sama,
adakah mereka juga mengalami sakit perut yang sama?

perut ku sakit.. harap cepat sembuh.

Tuesday, October 19, 2010

Waktu TIDO kena sakit "Pemain Bola"

Korang pernah tak mengalami sakit seperti ini?

Ia agak selalu juga berlaku kepada ku...

Malam tadi aku mengambil keputusan untuk bermalam di opis,
ini adalah di sebabkan oleh berlakunya gangguan bekalan kuasa
di opis dan kawasan sekitarnya pada waktu tengahari.

Ia menyebabkan beberapa perkara yg harus di selesaikan tertangguh,
dan menyebabkan aku mengambil keputusan untuk bermalam di opis.

Aku tamat kerja pada pukul 9.30mlm, dan terus keluar ke medan selera berhampiran untuk makan malam. Aku berlegar-legar di beberapa buah kedai makan sambil memikirkan apa yang hendak perut ini inginkan.

Oleh kerana seharian bekerja, otakku tidak lagi dapat menerima isyarat dari perutku, malah aku tidak berasa lapar, namun perutku harus di isi kerana sebentar lagi aku harus menyiapkan kerja-kerja tertunggak ku. kerjaku harus siap sebelum pagi esok menjelma.

Aku terus duduk di sebuah meja tanpa memandang jenis makanan yang di sediakan. Dengan pantas, seorang gadis muda selaku pelayan di kedai makan tersebut mengambil pesanan ku. Aku mecapai menu hidangan, dan terus meminta nasi goreng ayam dan kopi-O-ais.

Gadis muda yg ku rasa dalam lingkungan 15 tahun memberi senyuman yag manis kepada ku. Aku tidak membalas senyumannya. Namun dalam hati aku memuji kemanisan wajah dan kecantikan tubuh badannya.

Makanan ku sampai tanpa sempatku merokok. Baru aku perasan rokok ku sudah habis. Aku cepat menghabiskan makananku. Tak sampai 5 minit aku sudah selesai menjamu makan malamku. Aku memanggil gadis tadi untuk membayar bil, dia menyuruhku membayar kepada seorang lagi gadis yang hampir seiras dengannya. tapi tubuhnya kelihatan lebih matang dari gadis tadi, mungkin dia adalah kakak kepada gadis tadi. Selesai membayar aku terus meninggalkan kedai tersebut, dan aku rasa aku tidak akan kembali lagi ke situ kerana makanannya tidak sedap.

Aku membeli sekotak Rokok DUNHILL. RM10 ku hulurkan, namun tiada lagi baki RM0.70 kerana harga rokok telah genap menjadi RM10. Syabas kerana kerajaan menaikkan harga rokok.

Aku juga sempat membeli Sebungkus kopi-O-ais untuk ku minum semasa membuat kerja nanti.

Aku duduk di depan opisku sambil menyalakan rokok. Angin kuat yang datang dari laut menyukarkan aku menghidupkan rokokku. Namun usahaku berjaya kerana aku bukanlah seorang yg gemar putus asa. Aku mennghisap rokokku sambil merasai angin segar dari laut.

Beberapa penunggang motor singapura memandangku yang sedang menghisap rokok. Pandangan mereka tidak menyenangkan ku, segera ku habiskan rokok lalu terus masuk ke opisku.

Aku mengunci pintu opisku dari dalam. Kini keselamatan harta benda opis menjadi tanggung jawabku. Aku memastikan tiada kecuaian berlaku. Walaupun opisku di hadapan balai polis, namun masih ada risiko bahaya mengundang.

Jam sudah menunjukkan sebelas malam. Kerjaku masih tidak di usik, di hadapanku ialah skrin komputer dengan Games FarmVille. Aku menghirup Kopi-O-ais yang hampir abis. Mataku sudah mula mengantuk, aku ingin mandi namun kemalasanku mula menular.

Aku bangkit lalu menyedari kemalasanku telah mengambil alih niatku yang suci, aku dengan pantas menyiapkan kerja tertunggak ku. Seratus peratus tumpuan di berikan dan tanpa masalah mesin photostat Jem, kerja ku selesai lebih kurang 1.30 pagi.

Aku mengeluh lega. Hatiku terasa lapang. Terasa ingin merokok. Tapi malas untuk keluar dari opis. Aku tidak suka merokok di Tandas. Sepanjang aku menjadi penagih nikotin, hanya sekali aku hisap rokok di tandas, itupun kerana tidak tahan dengan bau coklat yang aku hasilkan.

Mataku rasa seperti berat. Aku mengeluarkan Pisau RAMBOO dari beg sandangku. Aku meletakkannya di bawah sofa. Aku baring di sofa sambil membelek risalah-risalah komputer. Kedinginan penghawa dingin terus membuatku terlelap.

3.30 pagi... kaki ku terasa amat sakit. Aku terjaga dari tidor. Betis kaki kananku seperti mencengkam ke dalam. Terasa kejang seluruh kaki kanan ku. Amat sakit, aku memicit kaki ku, namun tidak berjaya mengurangkan kesakitan. Sakit ini aku namakan "Sakit Pemain Bola", sebab masa sekolah dulu aku selalu tgk pemain-pemain bola sekolahku mengalami kesakitan seperti ini semasa latihan. Mereka akan memaut lutut mereka sambil menjerit "kaki cramp! Kaki Cramp". Huh...Patutlah selalu kalah masa main bola.

Aku tak minat main bola. Boleh di katakan aku nie kaki bangku lah. Kalau selerberiti bola antarabangsa mcm David bckham, Roanldo, Tommy Page, Tiger wood... aku kenal la.

Kakiku Cramp agak lama. Perlahan-lahan aku merangkak menuju ke komputer berhampiranku. Komputer di hidupkan. Google Chrome di klik dua kali lalu aku melayari Facebook.

Jam menunjukkan 4 pagi. Aku menuju ke Sofa lalu terus pengsan. Air liur membasahi mulutku saat itu. Alarm berdering... 6.30 pagi. Aku bangun. Kakiku masih terasa sakit, aku mengesot kaki ku seperti si tempang menuju ke tandas. AKu mandi dan bersiap untu meneruskan kerja ku untuk hari ini.

.........

Wednesday, September 15, 2010

seorang puteri telah lahir...

6 sept 2010 (isnin), Isteriku telah melahirkan seorang
bayi perempuan pada pukul 10.14 am.....
aku menjadi saksi pada kelahiran itu serta men"azan" dan men"qamat" kan
bayiku.. ini adalah anak keduaku.

Pada petang itu, isteri dan anakku di benarkan pulang,
kami tiba di rumah pada waktu berbuka puasa...
rasa gembira tiba di rumah dengan kehadiran orang baru..

7 sept 2010 (selasa), aku bangun awal pagi..
menyediakan air panas untuk air mandian isteriku..
7.30 am mak bidan datang mengurut dan memandikan bayiku..
11.30 am, Jururawat kerajaan datang memeriksa isteri dan anakku...
jururawat memberitahu bahawa anakku mungkin terkena "kuning"
dan mengarahkan aku menghantar anakku ke Klinik Masai untuk menjalani
rawatan darah..
2 pm, aku membawa isteri dan anakku ke klinik masai..
darah di ambil dari tumit kaki anakku... anakku menanngis..
ya.., anakku mempunyai simpton "kuning",
doktor mengarahkan isteriku memberi susu badan dengan lebih kerap.
bacaan "Kuning" tidak berapa tinggi, maka tidak perlu rawatan di hospital.

9 sept 2010 (Khamis), Pemeriksaan darah kali kedua...
"Kekuningan" naik dua kali ganda.. doktor mula risau ... aku lagi risau..
doktor menekankan "memberi susu badan dengan lebih kerap"...
aku mengangguk dan berjanji akan menyuruh isteriku memberi susu badan dengan lebih kerap lagi... Doktor menyuruhku pergi melakukan pemeriksaan darah di hospital
pada keesokkan harinya.

10 sept 2010 (Jumaaat), Menghantar anakku ke hospital untuk pemeriksaan darah.. kelihatan ramai orang berbaju raya kerana pada hari tu dalah Hari Raya Aidilfitri..
Level kekuningan turun sedikit, aku sedkit lega, namun doktor masih tidak lega,
doktor cakap "Nanti Ahad, datang check lagi ya"...
aku mengangguk.

12 sept 2010 (ahad), anakku buat pemeriksaan darah lagi.. kepalaku agak sakit..
level "kekuningan" naik ... dengan ini doktor menahan anakku di WAD NICU..
rawatan dan terapi di berikan..

13 sept 2010 (isnin), Level "kekuningan" turun, namun masih belum di benarkan keluar..

14 sept 2010 (selasa), rawatan berjaya menurunkan level kekuningan.. 2 pm.. keluar hospital.

Monday, August 9, 2010

apa saya buat ari ini...

bangun tidor pada 6:55 am..
Mandi, pastu gosok gigi, kadang2 aku gosok gigi dulu, kadang2 aku mandi baru gosok gigi, kadang2 aku gosok gigi pastu mandi... so, samada aku gosok gigi atau mandi dulu tidak mempengaruhi mana2 situasi dalam hidupku.

aku pakai kemeja putih, kerana isteriku telah menyediakan kemeja warna putih..

setelah lengkap berpakaian, aku menunggu kedatangan bos sambil melihat akuarium ikan ku.... 6 ekor tiger barb yg lincah bermain kejar mengejar di sebalik model kapal karam.. aku taburkan sedikit pellet ikan, kesemua ikan ku berebut makan, aku tahu ikan Tiger Barb memang kuat makan, malah ia juga di gelar 'mini piranha'..

Mr Goh tiba 7:18 am.. aku bergegas menaiki kenderaannya..
kami berbincang sebentar masalah kerja ketika dalam perjalanan ke opis..
beberapa arahan di berinya supaya aku boleh terus melakukan kerja sebaik sahaja di opis...

Tiba di opis pada 8 am, perutku lapar...
namun aku tidak terus membuka opisku..
aku terus menuju ke Merlin Tower di mana aku selalu bersarapan di sana..

8:20 am, aku tiba di opis.. aku org pertama yg sampai ..

mr Goh telah memberitahu bahawa mak cik cleaner tidak dapat hadir hari ini..
dalam hati aku menjerit marah, ini bermakna aku terpaksa membersihkan semua tong sampah di setiap kelas..
aku ambil plastik beg hitam besar dan mula melakukan tugas pembersihan...
sambi melakukan tugas pembersihan, hatiku mengutuk makcik cleaner..
aku melakukan tugas pembersihan dengan tidak ikhlas..


aku tiba2 teringat pada Jerry..
semalam aku cuba melemaskan Jerry dalam bekas yg berisi air..
aku segera menuju ke tangga kecemasan, di mana aku meletakkan Jerry di dalam bekas penuh dengan air..
amat terkejut betul aku apabila mendapati Jerry masih hidup, ini kerana di dalam bekas tersebut air tidak penuh, mungkin semasa Jerry meronta air membuak keluar dan
memberikan ruang untuk Jerry bernafas..

namun, kelihatan tubuh Jerry mengigil akibat berendam dalam air sejak petang semalam.. hanya kepalanya yang timbul, dan ini pasti punca yang menyebabkan dia masih hidop..
menyesal gak kerana tidak menerima cadangan bosku.

Bos ku menyuruh mendapatkan bantuan peniaga makanan di belakang untuk menyiram Jerry menggunakan air panas yang mengelegak..
memandangkan ramadhan akan tiba, aku menolak cadangan bosku dengan mentah2..
ku katakan padanya terlalu kejam..

aku ingin memberikan kematian yg sejuk kepada Jerry, seperti Jack dalam Titanic yg mati kesejukan..

aku mengeluh ... aku menuju ke tandas, mengisi sedikit air dalam baldi dan kemudian memenuhkan ruang air sehingga penuh di dalam bekas Jerry..kali ini aku pastikan tiada ruang untuk bernafas.. aku menutup pintu kecemasan.. membiarkan Jerry menemui ajalnya.

aku menhabiskan kerja pembersihan, setelah selesai kerja pembersiahan aku menuju ke tangga kecemasan... aku harap Jerry telah mati. Aku dengan perlahan mengangkat bekas perangkap yang memuatkan Jerry di dalam bekas berisi air..

ku goncangkan bekas tersebut, Jerry tidak bergerak. Pasti dia sudah mati. Aku campakkan mayat Jerry ke dalam plastik sampah. Aku menuju ke tong sampah besar di balakang bangunan sebuah hotel, seorang pengawal keselamatan botak memerhatikan ku. Aku tidak peduli lalu mencampakkan plastik sampah ke dalam tong sampah.

membunuh Jerry bukan lah kemahuanku.. namun setelah Jerry berjaya di perangkap pada pagi semalam, aku meninggalkannya di tangga kecemasan di mana kakak cleaner menyimpan barang2nya. Tujuanku adalah untuk menyuruhnya menyelesaikan si Jerry..

namun setelah petang menjelma, dan mesin punch card membunyikan honnya, si Jerry masih hidop.. dan kelihatan kakak cleaner tanpa rasa bersalah pulang ke rumah beliau.

Si kakak cleaner kelihatan seperti bos, jika mahu menyuruhnya membuat kerja perlu di cari dan di suruh. Bising mulutnya jika di suruh buat kerja, kadang2 aku terpaksa buat kerjanya. Kebanyakkan masanya di habsikan dengan berborak di cafe bersama staf syarikat percetakkan. Kerana itu, aku tidak menyukai si kakak cleaner dan berharap ada seseorang yang betul2 ingin menjadi cleaner menggantikannya.

Baru jer sebentar tadi Mr Goh menyuruhku mebersihkan air kencing seorang pengemis yang baring berhampiran pintu masuk opisku..
mungkin kerana melihat muka bosku yg agak garang menyebabkan pengemis tersebut terkencing ketakutan..

jam hampir menunjukkan lagi sepuluh minit pukul 1 tghari.. perutku masih kenyang, maka aku tidakkan makan tghari.. lagipun situasi ari ini menyebabkan aku ilang selera makan.. mungkin nanti aku akan merokok sambil minum air Coke.

aku terasa stress.... bila2 sahaja anak keduaku akan lahir.. masalah kewangan makin memeningkan.. aku stress yg amat sangat. Aku betul2 berharap aku punya sesuatu yang luar biasa, supaya aku dapay mengembalikan ketenangan pada diriku.

Ohh Tuhan.. berilah aku kuasa seperti SUPERMAN tanpa kelemahan kripton.. spiderman tak mau. -AMIN-

Saturday, July 10, 2010

Ikan-ikan ku banyak mati...

Aku mempunyai sebuah skuarium ikan..
tidak besar dan tidak kecil..
Akuarium ku sepanjang dua kaki...
cukup besar bagiku untuk membela ikan2 kecil.

Pada mulanya aku membela 7 ekor Black neon..
kemudian aku masukkan 6 ekor cardinal tetra..

namun, sepertimana yang di ketahui oleh para pembela ikan,
Ikan cardinal tetra amat sensitif...
hanya seekor yang hidop setelah beberapa hari ku masukkan dalam akuarium.

setelah sebulan lebih, hanya seekor black neon mati..
ini menjadikan jumlah ikan dalam akuarium aku 7 ekor (6 black neon + 1 cardinal).

Melihat akuarium yg kelihatan tidak bermaya,
aku membeli 10 neon tetra + 4 glowlight tetra ..
sampai rumah aku terus mencurahkan ikan2 neon tetra ke dalam akuarium ku.

memikirkan akuarium aku telah matang dari segi bio dan kitaran air,
aku sangka ikan2 ku akan gembira dan hidop lama..

sangat seronok aku melihat ikan2 ku berenang ..
warna neon yang biru dan merah menjadikan akuarium ku seperti disko..

seminggu kemudian,
apabila pulang dari kerja...
ku lihat seperti ada sesuatu yang kurang pada akuarium ku,
namun kerana perut lapar ..
ku mencari makanan dulu...
setelah menjamu selera, barulah aku menelek akurium aku.

Sangat terkejut aku...
melihat 4 ekor ikan ku tersangkut di muncung mesin filter..
keempat-empat mereka sudah mati...
dan paling menyedihkan warna mereka turut pudar setelah mati..
tiada lagi warna-warna yang menjadikan mereka unik..
seolah-olah warna di tubuh mereka di sedut oleh mesin filter ku.

aku dengan segera mengambil sauk ikan, lalu mengeluarkan
ikan-ikanku yang telah mati..
tubuh mereka hampir hancur,
namun aku masih dapat mengenal pasti spesis mereka ..
3 neon dan 1 cardinal tetra...

aku rasa sedih, aku ingin tahu mengapa mereka mati...
aku tidak tahu samamada ingin tanam ikan2 ku yang mati atau tidak..
aku selalu makan ikan, dan aku tak pernah tanam sisa-sisa ikan yang aku makan..
maka ikan2 itu aku masukkan dalam tong sampah.

Sepanjang hari dan masa aku memikirkan mana silapku..
aku sudah cukup memastikan air akurium ku matang..
namun masih ada ikan yang mati.

antara sebab yang aku boleh fikirkan penyebab kematian ikan2 ku ialah:
1) tiada tumbuhan hidup. ini kerana melalui penyelidikanku di internet, kebanyakan
ikan neon memerlukan persekitaran yang mempunyai tumbuhan hidup. Tumbuhan hidup bertindak sebagai penyerap amonia/najis ikan supaya tidak menjadi racun.
akuarium ku hanya mempunyai tumbuhan tiruan dan model kapal karam.
Aku agak malas untuk setup planted akuarium.

2) antara sebab ikan mati yang ku ketahui dari internet, adalah di sebabkan perubahan persekitaran dengan mendadak. Ramai pengguna menasihatkan jangan beli terus ikan yang baru sampai ke kedai, ini kerana ikan-ikan masih masih belum menyesuaikan diri dengan persekitaran akuarium di kedai tersebut. Tapi, bagaimana aku nak tahu ikan tersebut baru sampai atau tidak, ini bermakna aku perlu bertanya kepada orang kedai.. adakah mereka akan beri jawapan yang jujur?

3) Stress atau Terkejut juga boleh sebabkan ikan-ikan mati. AKu ada seorang anak perempuan. Umurnya 2 tahun 5 bulan. Ku panggil dia HaNA. Nama betul ialah Farhana binti hazrek. Di lahirkan pada 11 Feb 2008. Suka menari dan menyanyi.
Suka menangis jika di marah. Suka menjerit dengan kuat. Suka memanjat badanku. Suka duduk di belakang ku seperti menunggang kuda. Suka menonton TV. Suka berbual dengan bahasa kanak-kanak nya yang unik. Suka bermain. Dan suka menakutkan ikan-ikan ku.
Bakatnya menakutkan ikan-ikan ku semakin berkembang. Ku sedari Hana memang berbakat menakutkan ikanku. Caranya amat unik dan pelik. Hana akan menghampiri akurium, kemudian membuat bunyi berdesir seperti ular sambil tangannya mengacah-gacah dinding kaca akuarium. Bunyi berdesir yang di buatnya mungkin menakutkan ikan-ikan neon ku. Aku dapati ikan neon berasal dari sungai negara brazil. mungkinkah bunyi berdesir yang di buat oleh Hana menyingkap memori ikan-ikan ku terhadap pemangsa2 yang terdapat di Sungai Brazil. Ku dengar banyak ular anaconda di sungai Brazil.

ini adalah antara sebab-sebab yang mampu aku fikirkan sekarang. Kini ikan neon ku cuma tinggal seekor , balck neon 6 ekor dan 3 glow light tetra.

dulu aku pernah bela puyu.. ikan puyu di katakan ikan paling lasak. tidak perlu penjagaan air yang rapi. Namun ikan puyu ku mati sebab lompat di akuarium dan mati dalam keadaan ngeri kerana terperosok bawah peti sejuk. Sangat ngeri ku lihat puyu ku mati. Sampai sekrang ku masih terbayang2 ikan ku mengelupur dan terus mati di hadapanku setelah ku menemuinya di bawah peti sejuk.

aku suka melihat ikan berenang... ia buat aku rasa tenang sekali.

Monday, May 24, 2010

susahnya cari seposen...

Photobucket
Hari ini adalah hari yang agak muram...
Mood yang tidak berapa baik walaupun cuaca sangat baik..

Mood yang tidak baik ini,
menjadi semakin teruk apabila menyedari dompetku tertinggal
di rumah...
Photobucket
Tidak sedar dompetku di rumah kerana aku menumpang bosku ke opis..
Jika menaiki bas, mungkin aku dah perasan.

Aku menyelongkar beg hitamku,
syukur pada tuhan yg mencipta segala hidupan dan planet
kerana aku mempunyai Rm2.90 di dalam poket beg sandangku yang berwarna hitam..

duit tersebut adalah duit yang aku sediakan untuk tambang bas,
aku sering mengasingkan duit tambang bas dengan duit belanjaku,
kerana aku tidak suka membuka dompet di dalam bas,
mengurangka risiko bertemu dengan si penyeluk saku...

isteri ku baru sahaja menalifonku dan memberitahuku mengenai dompetku
yang terlentang di atas meja makan...
isteriku menawarkan untuk menjemputku pulang dari kerja,
maka duit yg ada ku gunakan untuk membeli sarapan..

Aku meminjam RM2 daripada mr Goh (bos yg menumpangkan ku)
dan segera pergi sarapan...
aku makan dengan lahap serta minum air Teh ais...
Sarapan pagiku bernilai RM3.50, nikmatnya tidak terhingga.

baki duitku tinggal RM1.40 ...
aku tidak kisah, kerana jika aku sudah sarapan,
biasanya aku mampu bertahan sehingga lewat petang tanpa makan.

namun tengahhari memperkenalkan aku kepada ketuanya,
iatu sang Suria..
Tubuhnya bersinar sehingga boleh membutakan mata kepada yang merenungnya..
bahangnya tubuhnya sangat panas walaupun jauhnya beribu juta-juta-juta batu
daripada planet yg ku diami ini..
namun kehadirannya banyak membantu ecosistem kehidupan di planet ini..
memberikan tenaga fotosintesis kepada tumbuhan-tumbuhan hijau..
mengeringkan baju di ampain..
membuatkan krim pencerah kulit laku di pasaran..
memberi idea kepada segelintir orang untuk mencipta tenaga solar
yang kelihatannya masih tidak banyak membantu pada era ini.. (kecuali pada calculator)...

Sang suria membuatkan aku sangat dahaga pada tengahari ini..
apabila sangat dahaga, tekakku lantas membisikkan 'coca-cola' kepada otakku..
otakku mengarahkan tanganku mengira semula baki wang yang tertinggal,
tangan dan mata mengira ...
masih ada RM1.40.. Ternyata duit yg di simpan di tangan sendiri tidak akan
berkembang seperti duit yg di labur di dalam bank atau pelaburan saham.
Photobucket

aku segera menyelongkar semula beg sandangku yang berwarna hitam..
beg hitam ini aku dapat percuma hasil tebus nilai di Jusco Tebrau City..
kelebihan beg ini ialah mempunyai banyak poket dan boleh di jadikan payung ketika
hujan...
poket di dalam beg ku di selongkar lagi..
Syukur sekali lagi kepad tuhan yang mencipta seluruh alam termasuk sang suria tadi..
aku terjumpa seposen di dalam salah satu poket beg sandangku..


Akhirnya aku telah berjaya mengumpulkan RM1.50 ...
Tekakku bagaikan menjerit.. aku sudah hampir membeli 'Coca-cola' sebagai
pembasah tekakku..
tiba-tiba aku teringat, harga setin 'coca-cola' 325ml ialah RM1.60 ..
aku kekurangan lagi seposen..
tekakku bagaikan menelan air liur seolah-olah kecewa..


aku rasa kecewa, aku sunggu lemah semangatku..
tiba-tiba opisku sibuk dengan urusan pejabat,
aku terpaksa melayan beberapa customer yang ingin membuat urusan..
aku lupa sebentar kepada 'coca-cola' ...

Sang suria menunjukkan belangnya dengan penuh stamina..
di pancarkan habanya yang penuh terik sehingga penghawa dingin di opisku
tidak mampu melawan suhu panasnya..
tekakku mula memberontak semula..

aku selongkar cabinet yang menempatkan cawan minuman
dengan harapan akan terjumpa sepuluh sen..
aku terperanjat kerana menemui sebilah pisau yang amat panjang..
apakah makna semuanya ini?
mengapa ada pisau panjang di dalam cabinet opisku,
adakah ia senjata rahsia yang di gunakan untuk mempertahankan diri..

aku tidak berani menyentuh pisau panjang tersebut,
takut cap jariku berada dipisau tersebut..
takut jika pisau tersebut telah di gunakan dalam jenyah sebelum ini..
pisau tersebut lebih panjang daripada pisau pemotong daging di rumahku..
jika di tikam di perut, pasti tembus ke belakang.

aku lupakan pasal pisau tersebut dan meneruskan usaha mencari lagi sepuluh sen..

kini cabinet photostat dan cabinet buku aku selongkar..
gagal menjumpai sepuluh sen atau pisau..
eh.. naper aku nak cari pisau pulak????

maka aku kecewa dan putus asa...
aku duduk di hadapan monitor ku sambil menenangkan diri ku..
mungkin balik nanti aku boleh minum 'coca-cola'.

kedengaran bunyi riuh rendah di hadapan opisku..
aku menjengah di tingkap, kelihatan orang ramai sedang menyaksikan sesuatu
yang seronok di tonton..
aku segera berlari ke bawah ....

rupa-rupanya ada seorang banduan yang cuba melarikan diri daripada lokap
di balai polis berhampiran... namun, berjaya di tangkap semula oleh pihak
polis ...
aku terpandang uncle india yang berniaga di sebelah opisku,
dia membalas pandanganku dengan senyuman..
aku selalu membeli minuman, rokok dan roti dari kedainya..
aku rasa sayu apabila melihat uncle tersebut,
adakah uncle tersebut akan memberikan aku diskaun sepuluh sen jika
aku membeli air daripadanya..
aku naik semula ke opisku, aku rasa malu untuk mintak diskaun sepuluh sen
daripada uncle tersebut..

aku duduk di mejaku, aku mendengar lagu dari youtube..
seperti biasa lagu-lagu rock era 80an seperti whitesnake-here i go again
menjadi pilihanku...
aku suka lagu tersebut, dan berharap dapat mahir main gitar supaya
dapat menyanyi lagu tersebut di hadapan anak cucuku suatu hari nanti..
sekarang nie kelas gitarku tertunda akibat masalah kewangan,
dan apabila masalah kewanganku telah stabil,
aku akan menyambung semula kelas gitarku..
rindu kepada guru gitarku mr Ang (Yamaha School).. Harap kita berjumpa lagi mr Ang,
u are the best teacher i know..

Setelah bosan mendengar lagu,
aku menyelongkar semula cabinetku yg penuh selerak dengan
wayar2 dan skru2..
perbuatanku di tegur oleh mr Hali yang merupakan rakan setugasku..

aku menerangkan yang aku mencari sepuluh sen untuk membeli air..
tanpa membuang masa, mr Hali terus memberikan dua puluh sen kepadaku..
aku merenung mr Hali dengan penuh sayu.. aku pulangkan sepuluh sen
kepada mr Hali dan terus berlari ke kedai Uncle di bawah..

akhirnya aku dapat minum 'coca-cola' ari nie.....

di ucapkan terima kasih kepada mr Hali dan mr Goh..

p/s: coca-cola dah abis, saat aku menulis blog nie, aku haus semula dan teringin nak
minum Pepsi twist... errrr.... ada sapa nak bagi pinjam RM1.60? baru pukul 3 petang.. ada lagi 2 jam.... tak per, kena tahan.

Saturday, April 24, 2010

kaki kesakitan...

kaki ku amat sakit...
seperti patah retak tulang tapak kaki ku..
ku jalan seperti si tempang..

ramai yang memerhati cara ku berjalan..
biasanya aku berjalan dengan Macho...
ari nie aku tiada macho.

aku tak tahu kenapa dengan kakiku..
tiada kecederaan atau lebam,
apa yang aku tahu, bangun pagi tadi..
aku rasakan kesakitan di kakiku..
terutamanya bahagian tapak dan buku lali...

kesakitan amat terasa,
lebih malang aku terpaksa bekerja ari nie..
terlalu lewat untuk mencari staff lain sebagai pengantiku..

ku gaggahi ke pejabat,
ku haruhi hujan lebat..
sampai di pejabat, kaki ku semakin sakit..
namun ku buat tak tahu saja.

harap kesakitan ini hilang..

p/s; Seseorang telah mencuri cutter ku yg berwarna pink..

Saturday, April 17, 2010

MATI



pernah rasa nak bunuh orang?
berani tak? camner ko tau ko berani bunuh orang?
berani untuk cuba?

Wednesday, April 14, 2010

Tuhan pun dia, Hantu pun dia...

Hari ini road show di Kulai (SM Sultan Ibrahim)...
great school, great teacher & great food...
i like to eat...
i eat mee goreng, tauhu goreng, love nugget & crab stick..
i drink a lot because of hot weather..
i drink cendol, mango, sirap & mango again.

The student very happy & friendly...
most of student like to said "Terime Kasih" very loudly..

Today, one priest talk about "Tuhan pun dia, hantu pun dia"..
thats mean, he is a good guy but also a bad guy.. .

feel so tired.

my lips have ulser, it hurt me bad when i smoke.

Monday, April 12, 2010

anjing kurap dan manusia berhati mulia...

seekor anjing kurap (anjing liar) sering di pandang hina oleh masyarakat,
tetapi tidak lah semua..
pasti ada insan yang berjiwa lembut memberi makan
kepada anjing-anjing liar ini.

tetapi, tidakkan insan-insan yang berjiwa lembut ini
terpikir bahawa anijing-anjing liar ini boleh mendatangkan
kecederaan dan penyakit kepada penduduk setempat?

insan berjiwa lembut yang memikirkan diri mereka mulia..
adakah mereka benar-benar mulia atau hanya berpura-pura supaya kelihatan baik?
adakah mereka sengaja memberi makan kepada anjing2 ini supaya
anjing2 liar akan melepak di kawasan perumahan dan membahayakan
nyawa penduduk setempat?

insan-insan berjiwa lembut ini sebenarnya adalah kejam !!!!
mereka sebenarnya merancang untuk menghapuskan seluruh penduduk dunia
dan menjadi pempimpin kepada planet bumi..
suatu hari nanti apabila mahkluk asing melawat bumi,
manusia berjiwa lembut ini akan menyalahkan anjing2 liar atas
kepupusan manusia yang lain.

Saya Marah..

Kepada Diari Online..,

Hari ini saya rasa penat.. penat sangat.

saya rasa marah pada semua, marah pada diri sendiri,
marah pada penat, marah kerana duit, marah kerana cuaca panas,
marah kerana hujan, marah kerana rokok abis, marah kerana haus,
marah kerana lapar, marah kerana sibuk, marah kerana kasut koyak,
marah kerana masih tak dapat beli gitar baru, marah kerana akuarium bau hanyir,
marah kerana minyak rambut abis, marah sebab mulut kena jerawat,
marah sebab mengidam makan pizza masa tgh bulan,
marah sebab tak kuat mcm superman, marah sebab tak pandai,
marah sebab tak pandai main gitar, marah pada mata yang rabun,
marah pada bas....

oklah...

Sunday, April 11, 2010

panas..

penghawa dingin opis rosak...
keluar isap rokok, kat luar pun panas..

aku harap hujan turun nanti...

Wednesday, April 7, 2010

Bye bye little bird...



Pada suatu hari (isnin 8 April) , saya pergi bekerja pada waktu pagi...
Saya telah menjumpai seekor anak burung berhampiran opis saya..

pada mulanya saya sangat takut dan geli,
namun timbul bibit kesian ketika melihatnya masih bernyawa..
anak burung kelihatan tenang sekali..
sedikit pun ia tidak menunjukkan reaksi takut di pijak atau di baham binatang seperti kucing atau anjing.

Saya nampak seekor kucing, lantas saya
mengambil anak burung tersebut..

Saya bawa ke opis dan meletakkan ia ke dalam sebuah kotak..
saya cuba memberikan ia makan.. Ia makan sedikit sahaja.

Saya tiada pengalaman bela burung, Jadi saya memang tiada tahu bagaimana
cara penjagaan yang betul..
saya meletakkan anak burung tersebut di dalam bilik komputer
lalu saya meneruskan kerja saya..
di samping main game di Facebook saya turut membuat kajian di Internet
cara-cara menyelamatkan anak burung..

Malang sekali tiada maklumat lengkap di internet mengenai cara
menjaga anak burung..

saya telah meletakkan gambar anak burung tersebut di beberapa forom
seperti bincang.net & cari.com.my...
namun masih sukar untuk mendapatkan maklumat yg betul mengenai penjagaan anak burung..

Spesis anak burung tersebut juga sukar di pasti..
beberapa user di forom mengatakan ia adalah anak burung gagak..
saya menyangkal dakwaan tersebut kerana saya telah membuat kajian mengenai anak
burung gagak di internet dan ia tidak menyerupai anak burung yang saya jumpa.

Ada juga yang mengatakan ia adalah anak burung unta kerana saiz yang agak besar,
namun saya menyangkal dakwaan tersebut kerana saya telah membuat kajian mengenai anak burung unta di internet dan ia tidak menyerupai anak burung yang saya jumpa.

Akhirnya, melalui paruh yang mempunyai sedikit warna putih di hadapannya,
bos saya iaitu Mr Lipson Goh menyetakan ia adalah kemungkinan besar seekor anak burung merpati...
menurut beliau, sewaktu menetap di kampung halamannya dahulu,
beliau dan keluarga beliau sering merawat dan menjaga anak burung merpati
yang jatuh dari bumbung rumah beliau.

Apabila mengetaui pengalaman ketua departmen saya itu,
maka saya membuat keputusan untuk memberi anak burung tersebut kepada beliau,
Ini kerana saya tiada pengalaman langsung mengenai burung..
saya berharap jangka hayat anak burung tersebut akan lebih panjang di bawah jagaan orang yang berpengalaman.

Empat hari telah berlalu,
pada pagi tadi saya di beritahu bahawa anak burung tersebut telah menemui ajal.
Mr Lipson Goh amat sedih, saya turut tumpang sedih..
saya mengerti perasaan beliau...
memang sukar untuk anak burung hidup di bawah jagaan manusia.

minggu lepas saya turut kehilangan 3 ekor Red Minor kerana kecuaian saya,
saya amat sedih dan pelik sebab saya cuma jumpa
seekor sahaja bangkai ikan red minor saya..
lalu saya menuduh 2 ekor ikan Kap saya yang 4 kali lebih besar dari red minor memakan bangkai red minor saya..

namun, selepas saya memindahkan semua ikan saya ke dalam akurium baru yang lebih besar... saya akhirnya terjumpa bangkai 2 ekor Red Minor terperangkap di bawah Drift Wood.. rupa-rupanya kayu perhiasan tersebut yang telah menyebabkan kematian Red Minor saya... lalu saya mengambil keputusan tidak menggunakan Drift Wood tersebut pada akurium besar saya, ini kerana ikan kecil seperti Red minor atau guppy mudah terperangkap di dalam drift wood dan tidak boleh keluar dari kayu tersebut.. kesian.

saya rasa bersalah kerana menuduh ikan kap saya, tetapi saya tidak memohon maaf kepada ikan kap saya sebab saya tahu mereka tidak mengerti apa-apa pun..
saya gembira melihat 2 ekor ikan kap serta 2 ekor ikan coloured amat happy di akuarium baru.. mereka sangat gembira berenang ke sana sini.

akuarium kecil, saya akan sediakan untuk di duduki oleh seekor CrayFish (Fresh water Lobster), saya akan letakkan drift wood untuk lobster saya..sebab drift wood tidak bahaya untuk crayfish.

Wednesday, March 31, 2010

Tak der CIKEN WINGS!!!!

Semalam aku terasa ingin sangat makan CikEN WING!!!!
untuk menunaikan impain aku, aku bergegas pulang ke rumah...

9.35pm tutup opis....
9.45pm pegi toilet, kencing...
9.50pm gulung karpet merah...
9.52pm tutup pintu utama ...
10.03pm tiba di perhentian bas ...
bas banyak lak, so tak payah tunggu , terus naik bas, tak sempat hisap rokok

10.04pm bas masih belum bergerak..
10.05pm bas masih belum bergerak..
10.07pm bas masih belum bergerak..
10.08pm bas masih belum bergerak..

10.15pm bas bergerak sedikit demi sedikit...
10.20pm bas bergerak...
10.25pm bas bergerak...
akhirnya sampai ke deatinasi 10.55pm..

10.55.03sc(pm) berjalan dengan laju menuju ke gerai Ciken Wing...
11.00pm tiba di gerai Ciken Wing, tapi tutup...
rasa kecewa sedikit dalam hati.. rasa nak menjerit dan dengar lagu rock.

11.05pm tiba di kedai mamak, singgah sebentar kedai runcit...
beli sabun mandi & pengetip kuku...
11.08pm kembali ke kedai mamak...
order nasi goreng kampung ayam + teh ais...
hisap rokok & tgk TV sementara tunggu hidangan...
tgk org berlawan ngan buaya gergasi, jari dia kena gigit ... putus dah...
jari telunjuk kalau tak silap... kesian dia dan bini dia... tak tau tajuk filem dia apa..
apa2 pun hero menang dan buaya mati..

biler abis filem tue , terdengar lak lagu tema filem tersebut:





11.30pm bayar harga makanan dan pulang ke rumah..
11.34pm sampai umah, bukak lampu sebab gelap takot hantu serang hendap...
11.35pm bagi ikan makan, kesemua 5 ekor masih idop...
bercadang ingin membeli akurium lebih besar supaya mereka dapat berenang
dengan lebih luas dan boleh tambah banyak ikan lagi.

11.37pm bukak TV.. termenung kejap, garu badan, garu kepala..
11.50pm mandi....
11.55pm ketip kuku jari kaki & tangan (kuku sahaja, jari masih diperlukan) ..
12.00 tgk TV...

12.21am... tutup TV dan tido...
12.25am masih belum tido.. ngiring kiri & kanan..
12.30am minum kopi ais..
12.31am... tido..

Tuesday, March 30, 2010

Dua bungkus Mee goreng + 1 air tembikai

AKu bangun lambat ari nie...
sebab masuk kerja pukul 1.30pm....


satu perkara yang aku tak suka masuk kerja petang,
aku mungkin akan masuk lambat .


11.30am, aku bangun... 11.45am aku ON Tv... 12noon aku ambik towel...
12.10pm aku buat kopi ais... 12.20pm bagi ikan makan.... 12.21pm mandi....
12.30pm minum kopi ais... 12.35pm keluar umah & Off Tv....


12.40pm singgah gerai tepi jalan, beli 2 bungkus mee goreng dan sebungkus air tembikai...
biasa beli 1 bungkus, tapi mee goreng mak cik nie sedap, satu dunia pun mungkin tak dapat

tandingi mee goreng mak cik nie... harap2 dia kan wariskan resipi mee goreng kepada anak cucunya supaya aku akan sentiasa dapat menikmati mee goreng tersebut....


12.45pm aku tunggu bas di perhentian bas..
sambil tunggu bas, aku makan mee goreng tadi... 2 bas berlalu begitu sahaja.

aku makan sampai abis, bila sudah abis baru aku sedar ada bangkai tikus mati
kat depan aku... rasa nak muntah, cepat2 aku berpindah ke posisi yang agak jauh
dari bangkai tadi... aku abiskan minuman...

auntie berbangsa india yang menunggu bas melihat aku seperti pelik...
mungkin cara aku makan tadi seperti pelahap sehingga tidak perasan ada bangkai tikus dekat depan.. mee goreng tersebut memang sedap hingga tak sedar ada bangkai tikus dekat depan.



12.55pm bas kilang sampai.. auntie berbangsa india menaiki bas tersebut,
sebelum naik bas, dia sempat memandang aku dan bekas polistrine dan minuman
yang aku campakkan di perhentian bas... aku buat bodoh dan pura2 tidak tahu apa2 pun...

bukan salah aku kerana pihak berkuasa tidak menyediakan tong sampah di Perhentian bas..

1.00pm bas masih belum tiba, aku sudah pasti akan tiba lewat di opis...
1.10pm bas sampai.... aku segera naik dan berharap driver bas memandu bagaikan pelumba F1..
tetapi pemandu bas memandu dengan sangat berhemah.

Aku tiba di opis 1.45pm.... harap lain kali tidak lewat lagi.