Friday, October 21, 2011

mengenang kisah lampau

Jam menunjukkan 8.40mlm,
aku memandang keliling.. tiada sesiapa di sampingku,
Aku keseorangan.

AKu ingin menulis lagu,
tetapi tidak punya melodi yg berkumandang di telinga ku.

Aku ingin membasuh bajuku,
tetapi aku masih di pejabat..
aku tidak boleh membasuh baju di pejabat.

lagu-lagi di radio membuat ku mengantuk,
ingin pulang... namun belum masanya untuk punch out.

mengenang kembali kisah-kisah silam..
bagaikan video yang tersekat seperti ada masalah dengan pemain DVD..
aku tidak dapat memutar balik kenangan dalam mindaku..
seolah-olah ada sesuatu yang menyekat.

aku sering bermimpi sejak kebelakangan ini..
namun, ia tidak memihak kepadaku..
dan aku sangat berharap mimpi-mimpiku memihak kepadaku..
sekurang-kurangnya aku gembira dalam mimpiku.

semalam aku tidak tidur..
mungkin ia punca utama aku lemah dan kurang fokus
apa yang berlaku hari ini..
tubuh, minda dan perasaan berasa lemah seperti jelly obor-obor.

namun aku masih ingat, di mana aku menetap semenjak aku tiba di JOHOR BAHRU :

1997/1998 - Mados Citoh Daiken
1998/1999 - Permas Jaya
1999/2000 - Stulang laut
2000/2001 - bakar batu (Burning Stone)
2001 - Kuala Lumpur/Batu Cave
2001/2002 - Bandar Selesa jaya, Skudai
2002/2003 - Taman Bukit mewah, Tampoi
2004/2006 - Ros Merah, Johor Jaya
2007/2008 - Taman Molek
2009 - Jalan Wong Ah fook
2009/2011 - Plentong
20** - Kubur

Friday, August 26, 2011

SENiBONG ... mengecewakan ... RM2 (parking???)

Hari ini adalah hari jumaat...
banyak yg aku lakukan dalam satu hari nie..
aku masuk kerja pukul 5.30 petang ari nie.
kerja separuh hari, so pukul 9.3opm aku balik la.

aku keluar awal, pukul 3.30pm aku dah keluar umah.
aku pergi bank, keluarkan duit dan mula membayar bil2.

kemudian aku pergi ke sebuah kedai ikan, aku cari guppy ..
aku nak penuhkan akuarium aku dengan ikan2 guppy..
tapi kedai tue tak jual guppy, so aku pergi Giant supermarket.
Tokey kat kedai ikan giant dah kenal aku..
dia selalu berborak dengan aku.. tanya2 pasal hal peribadi aku..
setelah bayak kali datang kedai dia, dapat gak dia tahu aku kerja mana..
sampai status aku pun dia tahu..
aku pergi kerja naik apa pun dia nak tahu.

masa mula2 datang kedai dia, tak samapai 10 saat aku dah keluar sebab muka
dia macam gangster, pastu layan customer macam sergah jer..
suara pun macam taiko kongsi gelap..
di tambah dengan muka garang...

kali kedua pergi kedai dia, bukan aku nak pergi pun,
tapi sebab kedai dia dalam Giant dan jadi laluan aku nak pergi shopping
dalam giant..
aku jengah dalam kedai, tgk dia tak der.. yang ada seorang wanita agak berusia..
dengan ramah wanita itu menegurku..
maka aku pun masuk.. sebab aku memang suka tengok ikan..
lagipun masa tue aku tengah cari akuarium untuk Scorpion aku..
**Sekarang nie scorpion aku dah terlepas dalam umah sebab aku terlupa tutup cover
sangkar.. harap2 ia tak menganggu ku semasa aku tidur..**

so, dengan layanan mesra wanita itu, aku membeli sebuah sangkar scorpion.

lepas tue aku datang lagi, sebab Giant nie dekat umah aku.. parking free ..
ada MacD, ada KFC, bole cuci mata .. bole lepak.. sebab tue rajin datang Giant.
aku tengok ada wanita peramah dan juga lelaki macam gangster.
sebab ada wanita peramah, aku masuk lah kedai ikan.. walaupun ia kedai ikan,
tetapi ia juga menjual kucing, arnab, itik, burung, ketam, udang lobster,
gecko, scorpion, ...
aku rasa wanita peramah tue ibu kepada lelaki gangster tue..
kali nie aku nak beli ikan.. aku beli beberapa ekor ikan neon tetra..
agak lama aku dalam kedai tersebut,
dan ini menyebabkan lelaki gangster tue banyak tanya soalan2 kepada aku..
dan soalan2 yang di tanyakan seperti soalan budak2.. tanya aku tinggal mana..
baru aku sedar, rupa2nya dia tak sempurna macam aku..
rasa bersalah gak sebab pikir yang buruk2 paSAl dia.


selepas tue aku rajin datang situ.. kebanyakkan ikan yg aku bela sekarang datang dari kedai dia..
lelaki gangster tersebut, sebenarnya adalah lebih peramah daripada aku.

lepas beli 6 ekor guppy, aku drive ke rumah dan terus tuang ikan dari plastik ke dalam akuarium..
tetapi, dalam etika sebenar membela ikan, anda tidak boleh terus menuang ikan
terus ke dalam akuarium, ini kerana ia akan menyebabkan ikan terkejut lalu pengsan..
ikan yang pengsan dalam air akan kelemasan, ikan yang lemas akan mati.

cara terbaik ialah, membiarkan ikan2 yang masih ada dalam plastik selama 10 minit atau lebih terapung di akuarium.. ini bertujuan untuk memastikan ikan selesa dengan
suhu air akuarium.. setelah itu, ambil sauk dan sauk ikan dalam plastik lalu di masukkan dengan berhati2 ke dalam akuarium..
Jangan campurkan air dari kedai ikan ke dalam akuarium anda, ini kerana di khuatiri
air tersebut tercemar dengan penyakit2 yg berbahaya untuk ikan..
namun, tadi aku takut terlewat pergi kerja.. so, aku gamble jer..
Alhamdullilah, aku balik tadi cuma seekor jer mati, mati pun sebab ikan tue berenang sampai cermin bahagian atas lalu terperangkap apabila tak dapat masuk dalam air semula.. kesian.

balik kerja aku menempuh kesesakan lalulintas di permas jaya,
bagi sesapa yang duduk kawasan nie memang tahu lah kawasan jambatan permas jaya
selalu JEM..
tiba2 aku teringat SENiBONG, teringat dulu selalu makan dengan member2 kolej..

walaupun aku dah kenyang berbuka puasa, kerana teringatkan memori lama,
aku pun menuju ke SENiBONG dengan kepenatan..
aku cuma nak makan OTAK2 dan minum teh ais sambil lepak sekejap..

Namun, apabila sampai sana, kelihatan ada kaunter jaga parking..
RM2 sekali masuk.. aku rasa keberatan nak bayar.. sebab aku makan pun nak bayar..
takkan lah parking pun nak bayar...
pelik betul, tempat nie bukan makanan murah, pastu parking pun kena bayar???
walaupun RM2 macam murah.. tapi tetap tak berbaloi..

so, dengan muka mencuka aku jawab aku tak nak bayar lalu aku keluar dari
SENiBONG .... kat tempat lain aku boleh makan tanpa bayar parking.

Aku harap polisi menyuruh pelanggan membayar parking harus di mansuhkan..
seriusly, ia memberi nama buruk kepada SENiBONG, harap pihak berkuasa pantau
perkara tersebut.

akhirnya aku sampai umah lalu membeli burger daging RM2.50.

Sunday, July 24, 2011

wow..

pada pagi ini..,
Ketika sedang memandu di sesuatu selekoh ..
kereta di hadapanku memandu dengan agak perlahan.

Aku agak kebengangan kerana selekoh
ini adalah kegemaran pemandu untuk memandu laju..
aku hampir membunyikan hon...
kerana aku sedari di hadapan kereta tersebut
tiada kenderaan lain.

Namun ketika melepasi selekoh tersebut,
baru aku sedari mengapa kereta tadi "sLOW"..
seorang gadis seksi sedang menunggu ..
tak pasti tunggu sapa, maybe teksi atau boyfren.

secara automatik,
aku turut memandu perlahan...
he he he ......

Ghost Shrimp's

aku beli ghost shrimp 6 ari lepas...
aku g kedai kakak melayu, aku tanya dia berapa ringgit ..
dia cakap 1 cup RM2, aku tgk la cup dia kecik jer.. mcm bole masuk 4 ekor jer..
aku perlukan sekurang-kurangnya sepuluh ekor untuk menjadi cleaner
di dasar akuarium 2 kaki ku.

so, aku mintak la 3 cup..
pastu akak tue bungkus masuk dlm plastik, aku gi jengah-jengah ikan lain ..
so, aku beli 7 ekor swordtail sebab ikan guppy aku semua dah mati ...

bila sampai umah, aku terkejut beruk walaupun aku tak bela beruk
bila aku tengok udang hantu yg aku beli dekat 6o ekor...
aku terkebil-kebil sambil memandang akuarium 2 kaki aku yg baru ku masukkan
7 ekor swordtail dan mempunyai penghuni tetap seekor neon tetra yg masih hidup
dan seeekor lagi spesis yg ku tak tau spesisnya yg kelihatan seperti ikan bilis.

aku amik sauk, lalu ku sauk dalam plastik, ku sauk sebanyak boleh udang..
dan ku lepaskan ke dalam akuarium 2 kaki... ku lihat hampir 20 ekor udang telah ku lepaskan..
kelihatan sesak akuarium 2 kaki ku, di tambah pula dengan bilangan ikan yg telah ada.

ku pandang akuarium 1 kaki ku, ku hidupkan motor pam udara
lalu ku lepaskan selebihnya udang yg berada dalam plastik..
adalah lebih kurang 40 ekor..
aku kebingungan, ikan puffer aku dah mati..
kalau tak bole aku bagi pufffer ku makan..
nak goreng, dapurku rosak.. dah dekat setahun aku tak masak ,
lagipun makan kat luar lagi senang.. duit jer byk keluar.

udang-udangku di akurium 2 kaki amat aktif.. dengan pantas mereka
meneroka segenap pelusuk..
malah ikan-ikan ku di kejar.. berlari2 ikan2 ku menyelamatkan diri...
memang kelihatan ganas udang2 ini.. sedikit pun tidak takut dengan ikan-ikan.

udang-udang di akuarium 1 kaki juga amat aktif.. tapi ku sedari, beberapa ekor telah menjadi warna pink..
seperti udang yg telah di goreng... rupa-rupanya mati.. dan dengan pantas, rakan-rakannya membaham sehingga putus badan..
so, aku biarkan sahaja sambil menabur makanan ikan..

tengah malam sebelum tidor, aku bau yg sangat busuk..
aku mula teringat cerita hantu jangan pandang belakang.. dan
teringatkan gambar mayat-mayat ngeri yg selalu aku lihat di laman web..
hidungku dengan pantas mencari arah bau busuk sambil membaca ayat kursi...
sesekali aku terbaca doa makan..

aku terpandang akuarium 1 kakiku...
rupa-rupAnya semua udangku di dalam akuarium kecik ku sudah mati ..
badan mereka yg asalnya lutsinar telah menjadi warna pink..
dan ia menghasilkan bau yg sangat busuk.

aku amik sauk dan plastik bag lalu memindahkan bangkai-bangkai mereka ke dalam
plastic bag lalu membuang mereka ke dalam tong sampah di luar rumahku..
dengan segeraku akuarium kecilku basuh.. busuk satu rumah.

ku lihat udang2 di akuarium 2 kakiku, hidup dengan aktif
sambil membuli-buli ikan2 ku..
kini sudah 6 hari, dan udang-udang di akuarium 2 kakiku masih hidup dengan aktif..
walaupun sesak, mereka kelihatan bahagia.. seekor udang bersaiz besar sentiasa
duduk di puncak filter akuarium seolah2 mengatakan "akulah TaiKO kat sini..."


Populasi siput sudah tidak kelihatan semenjak aku letak udang..
adakah Ghost Shrimp makan siput2? aku dapat lihat cengkerang siput
kosong di dasar akuarium..


rajin betul udang-udang nie bersihkan akuarium aku..



tapi mcm risau gak sebab jumlah udang yg banyak sangat, mungkinkah akan
membuatkan ikan-ikan stress dan membuat ikan bunuh diri?

p/s: teringin nak bela Crystal Red Shrimp, tapi mahal.. RM35 utk seekor udang .. tapi warna cantik.

Tuesday, May 31, 2011

di kejar anjing

Seperti perkara di atas,
aku telah di kejar oleh anjing pada hari ini.

kejadian tadi telah berlaku pada pukul 7.00mlm,
lokasi kejadian ialah Giant, Plentong.

Penerangan secara detail:
Aku telah tamat tugas di pejabat pada pukul 5 petang ari nie..
cuaca agak lembap kerana hujan baru berhenti..
sepatutnya aku menemani rakan setugas sehingga malam kerana telah
berjanji dengannnya,
namun, tubuhku terasa amat penat dan teringat aku ada urusan perlu di
selesaikan di Giant Plentong.

Aku menaiki bas dan akibat kesesakan,
perjalanan agak lama.. hampir 1 jam.
tapi normal la keadaan kesesakan sedemikian di Johor bahru
terutamanya pada waktu hujan,
walaupun begitu, duduk di sebelah awek cun mengurangkan
stress akibat kesesakan jalan raya.

Tiba di Giant Plentong pada pukul 6.20pm..,
dengan segera aku menyelesaikan urusanku..

setelah selesai urusanku,
aku segera menuju ke perhentian bas untuk pulang ke rumah..
aku melalui sebuah tong sampah besar...
bau busuk sampah aku tidak endahkan.

Tiga ekor anak anjing muncul dari belakang tong sampah tersebut..
langkahku terhenti, kerana salah seekor anak anjing tersebut
kelihatan seperti Scooby Doo.. sangat cute.

Tiba-tiba, entah kenapa anak anjing yang kelihatan seperti watak Scooby Doo
mengejarku..
terkejut aku, nak lari ke tak???
otak aku macam tak bole buat keputusan..
sebab anak anjing tu cute .. dan lebih cute sebab ia bukan berlari..
tapi melompat-lompat seperti seekor arnab,
betul-betul cute, tak terpikir lak nak merakam video saat indah
ini dengan handphoneku..
Scooby Doo hanya melompat dan menyalak di hadapanku... cute woooooo.

Namun, saat indah sentiasa ada penghujungnya..
dua ekor anak anjing yg berwarna hitam kemungkinan besar adik beradik
kepada scooby doo ini menyertai acara "menyerang aku"...
kali ini hampir-hampir kaki aku di gigit..
aku berundur dan melangkah laju supaya dapat menjauhkan diri
dari binatang bernajis Mughallazah ini..

percubaan aku untuk berundur secara aman tidak berjaya,
ini kerana ketiga-tiga puppy dog ini telah mengepung aku.

kelihatannya ketiga-tiga anak anjing ini adalah dari spesis
special breed.. macam mahal punya anjing .. bukan macam anjing kampung..
maybe anak spesis rotweiller.. kecuali yg macam scooby doo..
aku tak tau spesis apa,
tapi warna kulit dan kaki macam scooby doo..
suka melompat-lompat macam arnab lak tue..
biasa cuma orang kaya jer bela anjing2 macam nie..
apa anjing2 nie buat dekat tong sampah besar dekat giant nie..
ini bukan tempat untuk spesis anjing mahal, tapi untuk spesis Unwanted dog.

Aku membuat andaian,
kemungkinan ada penghantaran ke kedai haiwan,
tetapi driver lori mabuk lalu terlepaskan anak-anak anjing tersebut ke sini..
mesti kena pecatlah driver tue..
kawan aku beli spesis German Sherpard mau RM3K .. mahal.,
lain kali, kena serius dan bertanggungjawab
melakukan tugasan yang di berikan, jangan makan gaji buta.

Andaian kedua, seorang lelaki yang kaya..
suka pada haiwan, terutamanya anjing, kerana ia menganggap
anjing adalah "Human best Friend's"...
dia bermula dengan sepasang anjing jantan dan betina..
dan akhirnya di kurniakan 3 ekor anak anjing yg comel..
namun, perkenalannya dengan seorang gadis pisau cukur
mengubah segala-galanya..
dia kehilangan harta, kawan, dan seekor ikan kelisa yang berharga
rm80K, ikan tersebut di goreng dan di makan oleh gadis picau cukur.
akibat jatuh miskin, dia tidak mampu membeli makanan anjing..
lalu dia mebuat keputusan menbuang anjing2 nya di tong sampah di giant
supaya senang mendapat makanan.

lamunanku terhenti, kakiku nyaris di gigit lagi..
memang gangster la 3 ekor anak anjing ni..sampai hati buli aku yang tengah
tension akibat stress kerja dan hidup keseorangan..

aku hilang sabar dan geram..
terus aku gunakan Hikmat tendangan tak berbayang ,
tapi, tendanganku dengan mudah di elak oleh ketiga2 anak anjing tersebut..
sambil mengelak, ia menyalak dan cuba mengigit kaki ku..
aku geram lalu melancarkan tendangan Super kilat .. tapi, dengan mudah
ia mengelak... lalu aku mengejar sambil melancarkan tendangan..

ketiga-tiga anak anjing mengundur ke belakang apabila melihat aku
naik angin dan mengejar mereka.. tau takut.
aku kejar mereka sampai ke tong sampah besar, dan mereka mengundur ke belakang
tong sampah tersebut..
aku masih lagi mengejar, kerana geram satu pun tendangan aku tidak
mengena.. sangat hebat mereka mengelak.

aku menuju ke balakang tong sampah, kerana ketiga2 puppy berselindung
di sebalik tong sampah..
Denyutan jantungku bagaikan terhenti, bukanlah kerana aku nampak
seorang gadis jelita yang mempunyai senyuman memukau..
tetapi di hadapanku terdapat seekor German Sherpad dewasa.. yang mempunyai susunan gigi yang lebih tajam dari gigiku.. gigiku tak mungkin dapat menandinginya..
ia mengeram (anjing pandang kita sambil mulutnya berbunyi GRRRR.. pangil mengeram ke? aku tak tau pangil apa, so aku hentam je tulis mengeram..)
matanya memandangku dengan tajam.. mungkin ibu atau bapa ketiga-tiga puppy tadi.

Rupa-rupanya terdapat seekor anjing dewasa di belakang tong sampah besar..
patutlah anak-anak ajing nie macam berani je cuba serang aku..

melihat seekor anjing ganas berada di depan,
otakku dengan pantas menyuruh kakiku berlari.. so, aku lari dengan laju ..
aku toleh ke belakang, nasib baik ia tidak mengejarku,
tapi aku dapat dengar salakkannya dari jauh.. Fuhhhh.

-Nasib baik-

Friday, May 27, 2011

pepatung, kelip2 & kubang tanduk..

masa kanak-kanak,
rasa macam berada dunia yang sangat beza dengan dunia semasa dewasa.

zaman kanak-kanak dulu,
aku selalu dapat saksikan pepatung terbang bebas di tepi sungai ...
kadang2 ada pepatung yang akan hinggap di tubuhku..
walaupun masih kanak2,
tapi aku selalu puji kecantikan serangga seperti pepatung..
antara binatang yang aku kagum dengan kecantikkannya.


Seperti kanak2 lelaki lain,
aku juga agak lincah dan brutal..
tak di nafikan, aku pernah "membuli" serangga dan binatang..
antaranya ialah Kumbang Tanduk..
mungkin sebab aku melihat Kumbang Tanduk seperti seekor raksasa..
aku akan ikat kumbang tanduk dengan benang layang-layang
dan memaksanya terbang seperti seekor burung...
maka, aku juga menjadi raksasa yg membuli makhluk yg tidak berdosa.


antara haiwan yg pernah menjadi keganasanku semasa kecil
ialah Katak, kura-kura, kucing, cicak dan burung.
(maafkan aku, kerana sewaktu kecil, otakku masih kurang zat)

Malam adalah ketenangan... dan raksasa kecil sepertiku juga berehat..
dan pada malam hari, selalu aku melihat kunang-kunang
di sekitar rumahku.....
aku suka melihatnya, tapi tak pernah pun aku teringin untuk menangkapnya.



Setelah meningkat dewasa,
Pepatung, kumbang tanduk, kunang2..
semuanya bagaikan pupus di mataku..
kenapa sukar untuk mencari serangga2 yang selalu menemani ku semasa zaman kanak2?

Tuesday, February 8, 2011

Aku tidak peramah

Hari ini ujan lebat di JB, jam menunjukkan 7pm...
aku tanpa berlengah terus punch card dan menutup opis.

Aku menunggu sebentar ujan reda,
setelah ujan agak reda, aku berlari menuju ke JB sentral...
Mujur beg laptop ku kosong,
maka aku jadikan ia sebagai payung.

Bas bernombor 39 ku naiki, bayaran sebanyak RM3 ku masukkan dalam tabung bas..
tiba-tiba driver bas terbabit memulangkan aku sebanyak 0.30sen..
aku terkejut, kerana sebelum ini tak pernah menerima baki sekiranya
tiada duit kecil.

Ku duduk di barisan ke tiga dari belakang,
ku keluarkan handphoneku dan memasang earphone lalu memainkan lagu mp3..
bas semakin di penuhi penumpang,
seorang amoi seksi yg cantik naik, matanya memandang tepat duduk kosong
di sebelah ku,
ku perasan niatnya, lalu aku membesarkan tubuhku..
dia faham niatku, lalu tidak jadi duduk di sebelahku.

beberapa minit kemudian,
seorang Pak Aji muncul lalu membayar tambang bas,
dia melihat tempat duduk kosong di sebelah,
aku mengecilkan tubuhku,
lalu dia duduk di sebelahku.

Aku biasa dengar lagu mp3 ketika menaiki bas..
dan biasanya aku akan menguatkan volome kekuatan bunyi sehingga
aku tidak mendengar persekitaranku,
ini aku lakukan kerana aku tidak gemar mendengar orang berbual-bual..
korang boleh bayangkan kalau yg berbual tue budak-budak muda yang tak
ingat dunia.. semua ayat lucah dan kotor keluar..
kdang2 dengar pun boleh rasa sakit hati tiba-tiba.

namun, tabiatku mendengar lagu mp3 dengan volume yang kuat,
pernah mengundang derita padaku..
ketika itu aku berusia 27 tahun dan baru berkahwin..
tabiatku mendengar lagu mp3 dengan volume yang kuat masih ku amalkan,
terutamanya ketika di dalam bas atau berjalan kaki.

Akibatnya, aku mengalami jangkitan nanah di dalam telingaku..
ia adalah sesuatu yang amat menyakitkan..
bisul dalam telinga menyebabkan kesakitan yg amat samgat..
beberapa kali aku ulang pergi ke Klinik,
akhirnya aku di arahkan berjumpa dengan doktor pakar telinga..

Berjumpa jer doktor pakar, setelah rawatan sakit aku terus ilang,
doktor pakar menggunakan sejenis mesin lalu menyedit bisul di dalam
telinga ku, kemudian menyapukan sejenis ubat seperti lilin ke
dalam telingaku..
dan apabila ingin membawar kos rawatan , aku terkejut melihat jumlah
yang di cajkan terhadap kos perubatanku..
akibatnya, aku tidak datang sesi kedua pada minggu berikutnya untuk membuang
sisa ubat yg ada dalam telingaku.

namun, tabiatku masih tak berubah,
sehingga kini aku masih mendengar lagu Mp3 dengan volume yg kuat.

Pak Aji di sebelahku kelihatan berkumit-kumit mulutnya,
aku sangkakan Pak Aji tersebut membaca doa,
namun yg peliknya matanya memandangku.

Aku tersenyum sambil membuka earphone di sebelah kananku,
rupa-rupanya Pak Aji tersebut berborak denganku.
Dia tanya di mana aku tinggal, aku cakap di "Plentong"..
dia kata dia pun tinggal di "Plentong" juga sambil memberitahu nama kampungnya..
kalau tak silap kampung makmur..
Aku cakap aku tak tau kampung makmur kat mana..
Pak Aji cakap tak per sebab dia bukan jemput aku datang umah dia.

Selepas tue aku tak tau nak cakap apa dengan Pak Aji tersebut,
dia kelihatan peramah, aku juga ingin menjadi peramah sepertinya ,
tetapi puas aku terpikir apa ayat nak cakap kat dia..
nak tanya pasal umur.... mcm tak sopan,
nak tanya dah makan .... takut dia suruh aku belanja lak,
nak tanya dia ada anak perempuan.. segan lak.

so, aku diam.. memandangkan Pak Aji tersebut diam, aku lagi la diam..

tiba2 aku lihat Pak Aji tersebut telah pejam mata....
jangan risau , dia masih hidop sebab tangannya masih mengurut kakinya..
rupa2nya di hadapannya ada seorang amoi yang seksi sedang
bermesra dengan boyfrennya..
mungkin Pak Aji tersebut tidak suka melihat situasi tersebut,
maka dia pejamkan matanya.

Aku juga tidak suka melihat situasi tersebut,
tapi aku malas nak tutup mata, takot tertido nanti..

melihat Pak Aji tersebut telah memejamkan matanya,
aku memasang semula earphone di telinga kananku.

Aku sedar aku aku memang tidak peramah..
mulutku terasa berat nak berbual..
walaupun aku senyum, orang tetap menyatakan muka ku agak garang.

Sabtu lepas, aku menyertai gathering Carigold.com (sebuah Forom internet),
aku membawa seorang rakan sekerjaku yang bernama En.Hali
untuk menemani ku...
kelihatan semua ahli forom amat mesra dan ramah,
namun aku tiada idea untuk memulakan perbualan.

Sepatah yang mereka tanya, sepatah yang aku jawab.
Kesian en.Hali kerana mengalami ketidakselesaan perut maka lamb chop
beliau tidak dapat di abiskan.
Terima kasih pada en. Hali kerna menemaniku pergi gathering.

Aku sedar, menjadi ramah bukan senang bagi ku..
mudah bagiku hanya senyum daripada berbual.

kini hampir lima bulan aku menjadi orang bujang,
proses perceraian ku telah selesai dan aku boleh berjumpa 2 puteriku
bila-bila sahaja....
hanya satu masalahku ialah pengangkutan dan duit.

namun, aku cuba pastikan setiap minggu aku berjumpa sekali dengan anak2ku.
kesedihan dan kesayuan aku buang jauh2..
sekali2 aku akan menangis.

aku mencuba hobi baru...
membuat "Planted akuarium"...
aku beli akuarium 2 kaki ,
aku beli beberapa tumbuhan air..
namun mati seminggu selepas aku tanam...
ini membuatkan aku bengang..
namun, aku sedar ia adalah salahku kerana tidak menguna C02 injection dan
lampu yg sesuai..

namun, aku akan cuba lagi sehingga berjaya,
aku telah membeli lampu Ocean Sun 15watt..
tetapi aku ada problem untuk memasangnya kerana tiada Ballas dan wiring..
ini membuatkan aku bengang lagi...
hobi yang sepatutnya menenangkan pun boleh jadi membengangkan.

-End, 8 Feb 2011 : 9:42pm-

Sunday, January 16, 2011

Satu malam

Dalam satu malam boleh berlaku berbagai cerita,
mungkin kita boleh saksikan gajah melahirkan anak,
mungkin kita boleh menyaksikan filem yang hebat,
mungkin kita boleh duduk lepak di kedai mamak,
mungkin kita boleh baring & berangan ...

lepas penat, kita akan tidur dan bangun semula.