Monday, January 16, 2012

Suwei la....

Hari ini adalah hari Suwei aku..
mungkin ada di kalangan anda yang tidak tahu apakah itu "Suwei.."

kalau tak silap ia adalah perkataan cina yang bermaksud "Cilaka" ..
tapi, aku pun tak pasti apakah maksud sebenar Suwei...
ia adalah seperti hari yang buruk dalam hidup anda (Bad day)...
semuanya di sebabkan oleh Billy ... bad billy.

Aku bangun tidur dengan senyuman ...
aku tak pasti kenapa aku senyum, mungkin alami mimpi yang seronok..
tapi aku tak ingat apa mimpi aku malam tadi.

Bangun agak awal 6.30am.. berus gigi, mandi, pee pee, poo poo, pakai pakaian,
pakai deodarant, sikat rambut ....
kabus agak tebal masa aku turun ke parking area.. mcm kat New Zealand.
keretaku basah akibat dingin embun dan cermin kereta berkabut..
aku panaskan enjin kereta dan lap semua cermin yang berkabut.

7am.. aku terus tekan minyak..
dengan pantas aku tiba di Permas Jaya...
tiba-tiba aku terbau sesuatu yang masam dan tengik.. mcm bau ikan masin pun ada..
aku mula rasa risau..
aku tercari-cari punca bau tersebut... sehingga menganggu fokus pemanduanku..
risau kerta belakang akan menyondolku,
aku terus berhenti di tepi jalan sambil mengaktifkan lampu kecemasanku.

puas mata aku menjelajah seluruh isi kereta,
aku risau kalau ada tikus mati dalam kereta..
entah kenapa aku terasa ingin melihat tapak kasutku...

"Memang Suwei la!!!!!!!!!!!" itu ayat yang keluar dari mulutku saat
melihat sesuatu melekat di tapak kasutku...

ia adalah sejenis Tahi binatang... aku menganggap ia adalah Tahi anjing atau kucing..
kemunkinan besar ia adalah anjing..
anjing tue mungkin bernama Billy ... bad billy!!!!!

aku terus keluar dari kereta dan terus membuat tarian moon walk
di atas permukaan rumput di tepi jalan...
kerana yang tercemar adalah kaki kiri, ia meninggalkan kesan kepada clutch keretaku..
kesan kotor yang menakutkan.

oleh kerana aku bukan baik sangat (saya jahat) ,
mulutku banyak mengeluarkan kata-kata maki.. semasa menghadapi situasi tersebut.
aku bersihkan clutch kereta dengan kain tuala
yg aku dapat free dari survey company...
pas tu aku buang tuala tersebut dengan rasa marah.

Aku bukak tingkap keretaku..
aku biarkan keretaku di masukki udara luar..
aku tarik nafas panjang.. lepaskan dengan kuat...
ku bukak volume radio kuat2..
lalu aku tekan minyak menuju ke opis.

sampai di opisku,
aku memikirkan cara bagaimana untuk menghilangkan bau di kasutku..
mengesat kasut di rumput hanya mengurangkan kesan kotoran najis tersebut,
namun bauunya masih boleh di hidu..
aku tidak ingin membuat rakan sekerjaku muntah atau pengsan..
maka aku harus memikirkan cara untuk hilangkan bau najis di tapak kasutku.

Aku sendiri tidak tahu bagaimana aku mendapat idea ini,
aku terus meluru ke tempat cleaner menyimpan barang-barang kerjanya ..
bukanlah mencari seluar dalamnya, tetapi aku mencari Peluntur (bleach)..
aku terus simbah peluntur tersebut ke tapak kasutku..
lalu menggunakan surat khabar lama sebagai pengosok..
bau peluntur agak kuat.. amat berbahaya jika di minum..siapa suruh minum?

akhirnya, aku berjaya membuang bau najis tersebut..
tiada siapa pun yang tahu aku pijak tahi anjing hari ni... (memang Suweii la)

Akibat pagi-pagi lagi sudah Suwei,
ia turut memberi kesan kepada kerjaku.. kurang fokus dan terlebih stress..
mcm tak percaya aku boleh hilangkan sesuatu yang agak penting..
kesian rakan sekerja ku terpaksa membuatnya semula..
soory miss J.

-it's a Suwei day in my life today-

No comments:

Post a Comment